NASIB LEBIH 50 WANITA TEMPATAN YANG KENA TINGGAL OLEH WARGAASING

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng, berkata kalangan ibu tunggal kaum itu juga berdepan bebanan terutama bagi memelihara anak mereka hasil perkongsian hidup.Dia berkata, masalah itu bukan perkara baru bagi kaum Orang Asli sekitar Lojing dan Pos Brooke tetapi tidak ada tindakan selepas dibuat aduan terbabit.Nasib lebih 50 wanita Orang Asli yang ditinggalkan suami warga asing yang pulang ke negara asal.Lelaki hidung belang wargaasing itu bekerja di ladang sayur sekitar Lojing, dekat Gua Musang berkahwin dengan wanita Orang Asli sejak 10 tahun lalu.
Mereka termasuk warga Pakistan, NepalBangladesh dan Indonesiahingga ada antaranya didakwa membawa lari wanita Orang Asli berkahwin di negara asal.Beliau terpaksa membuat pendedahan itu kerana ibu bapa Orang Asli semakin bimbang dengan keselamatan anak gadis mereka diganggu lelaki warga asing.
“Yang menjadi mangsa lelaki hidung belang warga asing anak gadis Orang Asli dan hidup merana selepas suami mereka pulang ke negara asal.Perundangan mana yang harus dipertanggungjawabkan dan sampai bila gadis Orang Asli terpaksa berdepan dengan perkara itu,” katanya di Gua Musang, hari ini.
Sementara itu, Penghulu Orang Asli Pos Brooke, Riang Bujang mengakui gadis Orang Asli selalu menjadi buruan lelaki warga asing yang bekerja di ladang sayur.
“Apabila mereka pulang ke negara asal, lupakan semua tanggungjawab kepada isteri dan anak kerana mereka juga sudah ada isteri di negaranya,” katanya.
Dia berkata, berdasarkan maklumat yang diterima terdapat lebih 100 wanita OrangAsli sudah mendiri rumah tangga dengan lelaki warga asing.
“Kita tidak boleh halang mereka berbuat demikian kerana pilihan wanita Orang Asli itu sendiri dan selepas digantung tidak bertali baru sedar bebanan hidupnya,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Kredit:Hmetro