Lanjutan Moratorium: Segera Berurusan Dengan Bank Bermula 7 Ogos Ini
Timbalan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat (YB) Mohd Shahar Abdullah mahu peminjam individu yang ingin melanjutkan kemudahan moratorium supaya segera berurusan dengan pihak bank bermula Jumaat ini [7 Ogos 2020].
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan terutamanya buat golongan yang masih terjejas berikutan serangan wabak COVID-19.
Muhyiddin ketika pengumuman itu turut berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

Mohd Shahar yang merupakan Ahli Parlimen Paya Besar melihat langkah pantas perlu diambil para peminjam kerana lanjutan moratorium ini tidak lagi diimplementasikan secara automatik seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
Sehubungan dengan itu, peminjam yang mahu moratorium mereka dilanjutkan perlulah berhubung dengan institusi kewangan masing-masing untuk membuat permohonan.
“Permohonan lanjutan moratorium itu harus dilakukan segera oleh peminjam kerana ia bukan lagi automatik seperti dahulu.”
“Kita juga tidak mahu mereka (peminjam) buat permohonan di saat-saat akhir. Jika datang pada hujung September, kita risau dari segi kemampuan bank-bank untuk mengurus permohonan mereka,” ujar Mohd Shahar menurut laporan dikeluarkan Bernama.
“Proses permohonan ini memakan masa. Jika mereka lewat (membuat permohonan) maka Oktober nanti mereka perlu mula membayar.”
“Ini pastinya memberi kesan terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, belum mendapat kerja atau mengalami pengurangan pendapatan,” tambah Mohd Shahar lagi.
Lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Perutusan Khas pada 29 Julai itu membabitkan dua golongan sasaran.
Mereka ialah individu yang kehilangan kerja dan juga buat individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas [berkurangan] berpunca daripada wabak COVID-19 ini.
Mohd. Shahar berharap rakyat yang menerima bantuan moratorium itu dapat menggunakan ruang dan peluang diberikan kerajaan dengan baik serta berhemah.
“Kerajaan sentiasa mendengar keluh resah mereka. Mereka juga harus bertanggungjawab kepada diri sendiri untuk hadir ke bank dan membuat lanjutan moratorium,” ujarnya.
Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat Mulai 7 Ogos 2020

TERDAHULU, Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhiddin Yassin semalam, moratorium pinjaman rakyat boleh dilanjutkan lagi dan permohonan lanjutan boleh dibuat bermula 7 Ogos ini. Moratorium yang dilaksanakan oleh kerajaan dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Memahami masalah rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 moratorium ini merupakan bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
LANJUTAN MORATORIUM
Bagi individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020 akibat COVID-19 dan masih belum mendapat pekerjaan baru, moratorium untuk golongan ini akan dilanjutkan sehingga Disember 2020. Lanjutan moratorium berikutnya akan dipertimbang oleh pihak bank bergantung situasi semasa mereka.
Bagi individu yang gaji terjejas atau berkurang pula, moratorium tidak akan dilanjutkan, tetapi bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan pengurangan gaji bergantung kepada jenis pinjaman. Bantuan pengurangan ini akan diberikan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
BANTUAN BANK BERSASAR
Perdana Menteri mengumumkan bahawa bank-bank bersasar akan memberikan komitmen mengikut situasi peminjam untuk memberi bantuan seperti berikut:
- Bayar faedah sahaja untuk jangka masa ditetapkan
- Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman untuk kurangkan bayaran balik pinjaman
- Memberi pelepasan lain sehingga peminjam capai kedudukan kewangan lebih stabil
PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Bagi individu yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium yang boleh dilakukan mulai 7 Ogos ini, peminjam boleh hubungi bank masing-masing dengan makluman untuk buat permohonan lanjutan.
Pihak bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran, tertakluk kepada Akta Sewa Beli. Antaranya adalah memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi semasa peminjam dan rundingan dengan pihak bank.
Semoga lanjutan moratorium yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan memberi peluang untuk rakyat menstabilkan kewangan semul
Sumber: FB Shahar Abdullah, Rencah, Edubestari
